Selamat pagi semua! Kami akan mulakan hari ini dengan menjawab persoalan yang paling banyak kami terima dari anda semua : macam mana nak layer skincare? đ¤
Ada yang kata susun ikut kepekatan produk, ada yg kata ikut concentration. Betul juga tu! Tapi bagi Pastels, Pastels suka pegang pada prinsip di atas ni.
Selamat membaca!
5 JENIS PRODUK WAJIB ADA untuk anda yang benar-benar mahukan kulit yang lebih sihat.
Adakah anda mempunyai & menggunakan kelima-lima produk di atas? Apa pendapat anda...adakah anda memerlukan kelima-limanya?
Setiap hari, team Customer Service kami bertemu dengan ramai pelanggan.
Percaya atau tidak, ada yang berusia 30 tahun, namun tidak pernah menggunakan sebarang pencuci muka. Ada yg tak pernah gunakan sun protector.
Ramai yang masih keliru atau clueless dan kebanyakan mereka malu dengan keadaan kulit sendiri. Disebabkan keadaan kulit yang semakin teruk, mereka cuba menjauhkan diri dari drugstore, beautician kerana rasa rendah diri.
Hey, jangan bimbang! Kami ada di sini untuk membantu anda!
Tidak pernah terlewat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mula itu lebih baik dari tidak langsung, betul tak?
Jadi , ini adalah 4 perkara paling asas untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam penjagaan wajah.
Boleh mulakan dengan 4 item ini dahulu. Kemudian, jika kulit anda sudah boleh menerima produk sebelumnya, bolehlah anda tambahkan sesuatu yg baru pula. Okay?
Semoga bermanfaat đ
Selain daripada senarai bahan (Ingredients List), antara perkara penting yang perlu anda ambil kira apabila membeli sesuatu produk adalah tarikh-tarikh di bawah.
Di antara ketiga-tiga tarikh ini, PAO atau Period After Open haruslah diawasi dari semasa ke semasa. Oleh itu, sangat penting bagi anda mencatat bilakah anda membuka/mula menggunakan sesuatu produk. Ini kerana kondisi sesuatu produk boleh berubah/rosak walaupun belum sampai tarikh luputnya. Selalunya, produk yang mengandungi bahan aktif berperatusan tinggi lebih cenderung untuk mempunyai PAO yang singkat. Oleh itu, anda harus bijak menyusun atur rutin anda bagi mengelakkan produk dibazirkan begitu sahaja â¨