𝑮𝑶𝑶𝑫 𝑺𝑰𝑫𝑬 𝒐𝒇 𝑻𝑬𝑨 𝑻𝑹𝑬𝑬 🍃
Tea Tree mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik yang membantu membersihkan kulit. Bahan ini juga sangat popular untuk merawat jerawat kerana bersifat anti-keradangan dan anti-mikrobial di mana ia membantu meredakan kemerahan, keradangan dan bengkak. Selain itu, ia juga membantu dalam mencegah dan mengurangkan parut jerawat, meninggalkan kulit yang licin dan lembut 💚
Bestkan? Selain daripada Salicylic Acid dan Benzoyl Peroxide, Tea Tree juga dapat merawat kulit yang mempunyai masalah seperti jerawat~

𝐓𝐞𝐚 𝐓𝐫𝐞𝐞 𝐢𝐬 𝐀 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐒𝐚𝐯𝐢𝐨𝐫!! 🍀
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya tea tree merupakan bahan terkenal di mana-mana produk skincare kerana sifatnya yang mampu mengurangkan jerawat dan keradangan.
Walaupon keempat-empat serum ini mengandungi tea tree tetapi mempunyai tekstur dan gabungan bahan yang berbeza bagi setiap serum tersebut 💚




