Buang Blackhead & Whitehead Tanpa Sakit Dengan Menggunakan #Teknik155

Buang Blackhead & Whitehead Tanpa Sakit Dengan Menggunakan #Teknik155

Harini saya nak share #Teknik155 untuk buang Blackhead / Whitehead tanpa menyakitkan, tanpa membesarkan lagi pori, tanpa tools mahal. Kalau konsisten, memang dah tak ada hidung berbiji-biji dan berbintik hitam lepas ni. Kita nak buang benda dlm gambar ni 👇

EX5sfQ6WAAA_B8M.jpg

Teknik ni dah lama saya buat, saya pernah cerita di personal Instagram Dec 17.Sejak akhir2 ni ramai pula mengadu banyak blackhead, ramai juga DM saya cerita suka picit blackhead, tp tetap ada balik. Sampai merah2 hidung dipicitnya. Jadi saya share balik ya. Saya guna Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik. 


Step 1: Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana ia lebih lembut dan kekal lama di wajah. Kalau nak pakai yg emulsify, pastikan muka kering, tangan kering, jangan berpeluh. Sebab nak urut ni lama, nanti berpeluh habis oil tu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal kita. 

Step 2: Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit 'suam' dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.

Step 3: Bersihkan tangan anda. Tangan je, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap. 

Step 4: Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak tu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya. 

Step 5: Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya. 

EX5sgRJWoAEFg3W.jpg

EX5shCwWoAALbdm.jpg

STEP 6: Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak. Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.