Hydrators & Moisturisers... serupa tapi tidak sama

Hydrators & Moisturisers... serupa tapi tidak sama

Hydrator dan moisturiser sememangnya berkait rapat dengan kelembapan kulit tetapi fungsi utamanya berbeza. Hidrasi atau hydration ini merujuk kepada kandungan air dalam sel-sel kulit yang menjadikan kulit anjal, apabila kandungan air ini meresap keluar kulit, ini yang jadikan kulit itu dehydrated atau mengalami dehidrasi. Hydrator berfungsi untuk meningkatkan kandungan air dalam sel kulit.

Moisturising atau melembapkan kulit pula bermaksud memerangkap kandungan air dalam lapisan kulit supaya kulit dapat mengekalkan kelembapan dan tampak licin. Kulit kita mempunyai benteng lipid semula jadi bagi memerangkap kelembapan dalam kulit. Bagi jenis kulit yang kering, pelembap atau moisturiser ini berperanan penting bagi "mengunci" kelembapan dan mengurangkan kehilangan air daripada kulit.

Jika kulit kelihatan kusam dan menampakkan garisan-garisan halus, kemungkinan besar kulit itu mengalami dehidrasi. Dengan erti kata lain, kulit anda dahaga akan air. Langkah paling mudah adalah kerap minum air masak. Namun, bagi kulit yang mengalami dehidrasi, perlunya hydrator sebagai tambahan untuk meningkatkan hidrasi kulit. Jenis bahan yang berupaya "mengikat" molekul air dalam kulit ialah humectants.

Bahan yang bersifat hydrating kebiasaannya sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh larut dalam air, tidak menyumbat liang pori dan sepatutnya tidak mempunyai alkohol yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Untuk moisturiser pula, terdapat pelbagai formulasi dengan bahan-bahan yang direka untuk jenis-jenis kulit yang berbeza.


Sumber:

https://www.dermstore.com/blog/hydrating-vs-moisturizing/ 

https://www.beenaturals.com/hydrating-vs-moisturizing-skin-care/