Jenis-jenis "Chemical Exfoliant"  dalam Produk Kosmetik

Jenis-jenis "Chemical Exfoliant" dalam Produk Kosmetik

Assalamualaikum & hai semua!

Hari ni saya nak kongsikan tentang jenis-jenis "chemical exfoliant" yang biasa digunakan dalam produk-produk kosmetik. Semua mesti sudah sedia maklum tentang kepentingan "exfoliating" dalam penjagaan kulit. Lapisan kulit yang terhasil setiap hari perlu dibuang untuk mengekalkan kebersihan kulit.  Berbeza dengan "physical exfoliant" atau skrub biasa, exfoliant yang berbentuk bahan kimia mampu menyerap lebih dalam  ke dalam kulit. Bahan chemical exfoliant yang biasa digunakan ialah asid hidroksi (hydroxy acids). 

Umumnya, asid hidroksi adalah asid karboksilik yang mengandungi kumpulan atom hidroksil (-OH). Kedudukan -OH dalam struktur kimia asid karboksilik menentukan sama ada asid itu AHA atau BHA. Jenis-jenis yang biasa digunakan ialah AHA, BHA, PHA dan SA.

Rajah menunjukkan struktur mudah bagi AHA dan BHA. Kumpulan atom -OH (highlight kuning) dalam AHA terletak pada posisi alpha (simbol a merah) dalam struktur asid karboksilik iaitu atom karbon yang betul-betul bersambung pada kumpulan atom karboksil, -COOH (highlight biru). Dalam BHA pula, -OH terletak pada posisi beta (simbol B merah) dalam struktur asid karboksilik. 

1.  Alpha Hydroxy Acid (AHA)

AHA merupakan bahan pertama daripada kelas asid hidroksi yang diperkenalkan dalam produk penjagaan kulit. Bahan AHA yang paling ringkas ialah glycolic acid. AHA bertindak pada lapisan epidermis dan dermis. AHA merangsang pengelupasan sel-sel epidermal dengan mengganggu ikatan-ikatan ionik di antara se-sel ini. Ini dapat membuang lapisan kulit kasar dan memningkatkan pembaharuan sel.

Contoh-contoh AHA: Glycolic acid, Lactic acid, Mandelic acid


2. Beta Hydroxy Acid (BHA) 

BHA yang biasa digunakan dalam sebagai kosmetik ialah tropic acid. Tropic acid ini sejenis bahan yang boleh larut dalam lipid. Sesetengah BHA seperti malic acid dan citric acid dianggap sebagai AHA. 

Contoh-contoh BHA: 3-Hydroxypropionic acid, Tropic acid (2-phenyl-3-hydroxypropanoic acid), Malic acid, Citric acid

3. Polyhydroxy Acid (PHA)

PHA ini dikira sebagai generasi baru AHA. Fungsinya juga sama seperti AHA cuma PHA mempunyai dua atau lebih kumpulan hidroksil (-OH) dalam strukturnya molekulnya. Hal ini menjadikan saiz molekul PHA lebih besar berbanding dengan AHA dan BHA, jadi ini mengurangkan kesan iritasi terhadap kulit. PHA ini adalah alternatif yang bagus bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Contoh-contoh PHA: Lactobionic acid, Gluconolactone

4. Salicylic acid (SA)

Bahan ini mungkin anda sudah biasa jumpa dalam produk-produk kosmetik selalunya untuk tujuan pengelupasan. Kebanyakan orang menyangka SA ini dikira sebagai BHA, tetapi jika lihat pada strukturnya, agak berbeza jika dibandingkan dengan BHA dan sifatnya juga berbeza.

Struktur SA mempunyai cincin benzene (bulatan biru) dan kedua-dua kumpulan -OH dan -COOH terikat terus dengan benzene.  Kedua-dua -OH dan -COOH dalam SA bersifat asid. Berbeza dalam AHA, BHA dan PHA, dengan -OH dalam asid-asid ini bersifat neutral. SA lebih larut dalam lipid berbanding air, mampu melemahkan kohesi antara sel lalu memberi kesan exfoliation.


Rujukan:

https://pdfs.semanticscholar.org/0f04/337861615e0e4a66e0e9804ddcf2b9e7da5f.pdf 

https://www.naturopathica.com/system/user_files/attachments/6/original/Naturopathica_AHAs.pdf 

http://www.thecosmeticchemist.com/molecule_of_the_week/salicylic_acid.html