Peptide dan Kolagen
Tahukah anda bagi wanita, selepas berusia 20 tahun, penghasilan kolagen turun sebanyak 1% setiap tahun. Disebabkan itulah jika anda perasan, andai kata anda memicit jerawat selepas berumur 20 tahun, dan meninggalkan bekas... Amat susah kesan itu hilang. Ini kerana kolagen adalah kunci kepada 'skin self wound healing' dan penghasilan kolagen yang berkurangan melambatkan proses baik pulih kulit.
Jadi, bagaimana untuk memastikan kolagen sentiasa mencukupi? Antara salah satu caranya, adalah menggalakkan penghasilan kolagen melalui bahan lain iaitu Peptide.
Kunci kepada pembaikan sel kulit
Apabila kita sebut kolagen, pasti kepala terus terfikir kepada muka yang tegang, putih melepak, seolah-olah disuntik filler kan? Ya, Malaysia banyak yang macam tu. Sebenarnya, tidak. Efek kolagen yang sebenar adalah kulit yang sihat, anjal, parut jerawat yang pantas pudar, pori mengecil, tekstur kulit yang halus, serta penerimaan terhadap pelembap yang baik.
Peptides merupakan sejenis kompaun, yang terdiri daripada ikatan amino acids, iaitu blok protein seperti kolagen dan elastin. Protein merupakan asas kepada tekstur, komposisi kulit yang memberikan kesan kepada tekstur, kesan penuaan dan baik pulih sel kulit.
Kenapa Peptide tidak dipasarkan sebagai 'Anti-Scar'?
Walaupun ia terbukti berkesan untuk membaiki tekstur kulit dan penghasilan sel kulit yang baru, namun kesannya bukanlah dapat dilihat serta merta. Penggunaan yang berterusan dan konsisten amatlah diperlukan, bagi mendapatkan 'momentum' penghasilan kolagen yang berterusan.
Peptide juga terdiri dari pelbagai jenis, dan walaupun asasnya adalah sama, ia mempunyai fungsi target yang sedikit berbeza di antara satu sama lain. Terdapat beberapa jenis Peptides yang biasa digunakan seperti:
1. carrier peptides menghantar mineral kepada kulit untuk menggalakkan penghasilan kolagen
2. enzyme inhibitor peptides memperlahankan kehilangan kolagen dalam badan
3. neurotransmitter peptides banyak dikenali sebagai Botoks, ia mewujudkan kontraksi antara sel kulit yang seterusnya meninggalkan kesan tegang, anjal dan awet muda
Produk yang mengandungi Peptide
1. MEDI PEEL Bor-Tox Peptide Ampoule 30ml
2. DR. JART+ Peptidin™ Radiance Serum with Energy Peptides
3. DR. JART+ Peptidin™ Firming Serum with Energy Peptides
4. THE PASTELS SHOP "HOLO" Sea Cucumber Rejuvenation First Ampoule 50ml (Natural Derivative)
5. SOME BY MI Snail Truecica Miracle Repair Serum 50ml (Natural Derivative)
Sumber:
Jennifer Herrmann, MD, FAAD, at Moy Fincher Chips Facial Plastic Surgery and Dermatology
Collagen- Providing a Key to the Wound Healing Kingdom by Vita Boyar
University of Pittsburgh Cosmetics Surgery & Skin Health Centre