Lelaki & Skincare

Lelaki & Skincare

Selamat datang ke minggu penuh Maskulin 😎 iaitu LELAKI & SKINCARE WEEK 💪🏼

Dari awal penubuhan The Pastels Shop, satu sahaja impian kami, iaitu menjadikan The Pastels Shop - destinasi penjagaan kulit untuk SEMUA.

Menjaga kulit bagi lelaki bukanlah bermakna anda Metrosexual semata-mata. Hey, salah tu! ☹️

Ayah kita perlukan penjagaan. Pekerja buruh binaan perlukan penjagaan. Pegawai bank, juruterbang...tidak kisah apa jua pekerjaan anda, penjagaan kulit adalah salah satu CABANG KESIHATAN & KEBERSIHAN diri.

Bagi kaum hawa sekalian, jangan risau. Minggu ini, jom kita timba ilmu sama-sama, agar kita dapat membantu abang, ayah, pakcik, anak lelaki mahupun rakan sekerja kita.

Swipe utk melihat betapa The Pastels Shop berkembang ke arah penjagaan diri buat SEMUA. Kami bangga dengan sokongan anda serta pencapaian ini!

Love, Pastels 💚 

117180128_587671438585963_1604199346773844634_n.jpg

116048865_2685118045149338_6028960009571959959_n.jpg

116767488_726263114604950_133451346778180543_n.jpg


Produk-produk di sini, bukan sahaja sesuai utk lelaki, ttp utk sesiapa sahaja yang ingin mengawal minyak di muka. Kulit kita mampu menghasilkan minyaknya sendiri bagi menghalang kelembapan hilang ke udara. Walaubagaimanapun, jika terlebih, ia blh mendatangkan masalah lan seperti jerawat, fungal dan sebagainya.

Jadi, amatlah penting kita mengawal penghasilan minyak ini dengan cara/ bahan yg sesuai.
117064298_752216885536666_3268638889446887651_n.jpg

117222865_218472549530137_5160895320933539333_n.jpg


SKINCARE UNTUK LELAKI?

Secara umumnya, kaum lelaki mempunyai gaya hidup yang lebih aktif dan lasak berbanding wanita (tidak kesemuanya). Kecenderungan ini juga wujud disebabkan faktor hormon, pengambilan makanan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, dalam penjagaan kulit, satu aspek yang harus dipersetujui oleh LELAKI & PEREMPUAN iaitu - PENCUCI MUKA dengan pH SEIMBANG.

Anda boleh pilih di antara gentle cleanser atau deep cleanser, ttp pH Balanced Cleanser merupakan item WAJIB ADA bagi semua orang. Ia penting bagi menjaga asid mantle pada kulit dan mengekalkan sifat serta ketahanan semulajadi. 

117170007_599672050935444_502099490656516522_n.jpg

117118945_336666614028791_2808212822494919207_n.jpg


Dalam PASTELS BEAUTY EDIT bersempena dengan #pastelsawareness: LELAKI & SKINCARE yang lalu, Pastels telah menekankan 2 perkara ini iaitu:

▪️pH Balanced Cleanser
▪️Oil Control Ingredients

Kedua-dua perkara ini sangat penting terutamanya buat kaum Adam yang lebih aktif dan lebih cenderung utk mempunyai lebihan minyak di muka.

Ramai yg tertanya-tanya, bagaimana pula utk mengawal jerawat? Produk apa yg bagus? Jadi di sini Pastels senarai 4 produk sebagai cadangan utk anda semua!
117183358_603455697212551_2576028497768611615_n.jpg

117311368_178921930304417_8501891385855308141_n.jpg