OLA NATURA Lemonade Face and Body Oil by Suriabdulrahman

OLA NATURA Lemonade Face and Body Oil by Suriabdulrahman

Hello,

Peminat face oil? Sekarang, face oil cukup popular disebabkan oleh benefits yang sangat banyak.  Face oil boleh didapati dalam pelbagai jenis dan variasi. Ada yang dijual di pasaran mengandungi satu jenis minyak dan ada juga yang mengandungi pelbagai jenis campuran minyak dalam satu botol.

Ola Natura Lemonade face oil adalah salah satu suggestion face oil yang mengandungi campuran 4 jenis minyak;
Rosehip seed oil, Olive oil, Jojoba oil, Citrus limon. Gabungan minyak yang penuh khasiat ini bukan saja mampu membekalkan nourishment pada kulit muka tapi untuk badan dan rambut jugak. Face oil yang sangat multipurpose.

Texture :

Texture sangat ringan dan watery. Senang meresap. Sedikit kekuningan. 

IMG_20200912_113459.jpg


Packaging :

Botol kaca yang gelap. Daripada info yang Suri baca, botol kaca yang gelap dapat melindungi face oil daripada terdedah daripada matahari yang boleh mengurangkan khasiat minyak.

IMG_20200912_113319.jpg

IMG_20200912_113352.jpg


Scent :

Bau lemon yang agak kuat. Remind me of my car's air freshener in lemon scent. Suri jenis tak suka produk yang ada scent yang terlalu kuat. Tapi bau tu tak kekal lama di atas kulit.

PERFORMANCE :

Suri hanya berpeluang mencuba face oil ini dalam masa yang amat singkat. So, suri tak nampak effect lain selain daripada effect moisturizing dan nourishing. Secara jujurnya, Suri rasa skeptikal dengan citrus limon. Suri takut akan memberi efek negatif pada kulit. Tetapi selepas beberapa kali mencuba face oil ini, suri tak experience sebarang iritasi.

Suri memang suka dengan texture oil ni. Suri akan guna dalam 5 drops untuk seluruh muka. Cepat meresap dan tak rasa rimas walaupun dah guna banyak layer hydrating produk sebelumnya. 
Suri juga guna pada kawasan lain seperti kuku, badan dan rambut. 

Final Verdict :

Salah satu face oil kesukaan suri tetapi bau citrus yang agak kuat kadang2 rasa memeningkan. Harga pun sangat mampu milik.