ORGANICALLY MOI Anti Aging Protein Pack Trial Set (Matcha Black Rice) by Suriabdulrahman

ORGANICALLY MOI Anti Aging Protein Pack Trial Set (Matcha Black Rice) by Suriabdulrahman

Hello ~~~

Suri memang addicted sangat dengan wash off mask especially handmade.
Ok Suri nak share satu wash off mask yang super best dari organically moi. 

Dia bukan saja wash off mask, tapi boleh  digunakan sebagai scrub dan daily cleanser. Menarik sangat.

PACKAGING

Terdapat 2 jenis size iaitu 20g dan 60g.
Produk ini didatangkan di dalam botol kaca yang sangat tebal. Saiz 20g sangat sesuai untuk travel. Cuma perlu berhati- hati apabila hendak mengeluarkan produk sebab mulut botol yang agak luas.

IMG_20200921_152940.jpg


TEXTURE 

Semasa kering, texture sangat halus. Mudah larut dalam air. 

IMG_20200921_153157.jpg


INGREDIENTS :

Hanya mengandungi 4 jenis bahan;

Avena Sativa Kernel Oil (oat)
Oryza Sativa Exract ( rice)
Camelia Sinensis Leaf Extract ( green tea)
Melaleuca Alternifolia Leaf Oil ( tea tree)

Amazingly, walaupun kulit Suri tak boleh tahan dengan tea trea oil tapi produk ni tidak mengakibatkan iritasi pada kulit Suri.

CARA PENGGUNAAN:

Boleh digunakan sebagai wash off mask. Boleh mix dengan air ataupun yogurt, madu atau apa saja. Jadikan sebagai paste dan tunggu sehingga kering.

Suri lebih prefer tuang atas tapak tangan dan buat sebagai 'in shower mask'. Apa maksudnya? Letak atas tapak tangan dan titiskan air sehingga menjadi paste. Lumurkan di muka. Sementara mengunggu, Suri akan gosok gigi dahulu. Selepas itu, basahkan dengan air dan urut sekejap sebelum bilas.

IMG_20200921_152914.jpg


PERFORMANCE :

Suri suka sangat wash off mask ni sebab sangat gentle dan tak terlalu kasar. Wash off mask ini juga boleh digunakan sebagai daily cleanser. Senang glide dan rasa sedikit slippery bila massage di muka so less friction. Suri dah cuba guna1kali sehari selama 7hari berturut-turut. Kulit Suri tidak menunjukan sebarang iritasi dan tanda-tanda overexfoliation. 
(p/s : your mileage may vary).

Tetapi apabila Suri tunggu mask ini betul2 kering (dalam 10minit). Kulit Suri sedikit kemerahan. Mungkin kandungan tea tree oil tidak sesuai duduk terlalu lama di kulit Suri. 

Wash off mask ini juga senang dibilas dan tidak meninggalkan stain di kulit.

FINAL VERDICT :

Suri dah purchase satu lagi trial pack sebab BEST! Harga sangat berbaloi cuma RM10 sahaja untuk 20g.