Bersempena dengan Anti-Aging Skincare Week, kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa ikon utk berkongsi pendapat mengenai USIA. Selalunya ia dianggap sebagai sesuatu yg sensitif, tetapi kenapa tidak kita jadikannya sebagai sesuatu yang POSITIF?
Puan Sarini bukan sahaja seorang Director, malah merupakan Content Creator, Cosmetic Formulator & Creative Director di The Pastels Shop.
Pertambahan usia benar-benar membuka peluang yang lebih luas bagi beliau meneroka alam kosmetik serta pembuatannya... seterusnya memahaminya dgn lebih baik.
Ilmu ini kemudian disampaikan kepada pengikut, pelanggan serta rakan kerja #teampastels.
Jangan bimbang apabila usia menginjak naik. Percayalah, pelbagai peluang & ilmu baru menanti anda!
Dari jauh, dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, wanita ini sering disalah anggap seperti gadis belasan tahun. Ceria, aktif dan seri di wajahnya cukup jelas.
Juruterbang wanita ini bukanlah calang-calang orangnya. Memulakan kerjaya sebagai Jurutera, kemudian Juruterbang - cabarannya cukup besar. Bagi Puan Puteri Anggia, stamina dan kesihatan adalah KUNCI segala-galanya.
Sentiasa melakukan sukan lasak serta larian yang konsisten, memastikan beliau kekal bertenaga dan berseri sepanjang hari.
Siapa kata kekuatan fizikal terhad apabila umur menginjak? Apparently, age is just a number!
Tahukah anda apakah itu Entomologist? Ia adalah Penyelidik Serangga! Ya...haiwan yang sering kita geli, lari daripadanya tu sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar dalam ekosistem kita.
Sebagai seorang Pegawai Penyelidik, kerjaya ini menuntut fokus serta kerja keras. Berpanas di bawah sinaran mentari, kulit akan lebih terdedah kepada pencemaran dan sebagainya.
Tetapi bagi Cik Sari, minat yang mendalam terhadap bidang Sains mengatasi segalanya. Setiap kajian yang beliau lakukan memainkan peranan yg sangat besar dalam industri pertanian bukan sahaja di Malaysia, malah inputnya digunakan di seluruh dunia.
USIA merupakan peluang untuk anda meneroka setiap peluang dan cabang ilmu yang ada. Apabila kita bahagia dengan setiap yg kita usahakan, kegembiraan itu jelas terpancar dan mengekalkan seri di wajah secara semulajadi!
Harini merupakan hari terakhir dalam kempen ini, sedih pula rasanya. Kempen kali ini, lain dr yang lain kerana kita berkongsi cerita dari ikon terpilih berkaitan dengan topik USIA.
Kali ini, kami dengan rendah diri memperkenalkan Dr Nor, seorang Profesor Madya di sebuah Universiti tempatan. Di sini ramai student kan..ada sesiapa yang kenal?
Setiap hari, beliau berulang alik di dua pejabat berbeza. Satu mengajar hal berkaitan akademik. Yang kedua, menguruskan hal ehwal kebajikan di kolej kediaman. Adakalanya, berpanas di tempat terbuka, terlibat dengan pelbagai aktiviti dan sebagainya.
Teringat kami kata-kata beliau semasa ditemubual, "Siapa kata umur itu penghalang? Yang pastinya, bukan saya!"
Ikon terakhir untuk kempen kali ini adalah Puan Nurul, seorang Doktor. Kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman dengan beliau, terutamanya ketika menguruskan pandemik Covid-19 baru-baru ini.
Sebagai petugas kesihatan di barisan hadapan, cabaran terbesar adalah ketika pulang ke rumah. Tidak dapat memeluk anak tercinta, terpaksa dikuarantinkan. Usia benar-benar mengajar erti kesabaran, kematangan dalam mengawal emosi dan cuba meletakkan keselamatan lebih dari segala-galanya.
Kepada semua ikon terpilih dalam #pastelsawareness: AGE IS JUST A NUMBER... kami #teampastels mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa walaupun sangat sibuk dengan kerjaya dan menguruskan keluarga masing2.
Selamat maju jaya dan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua atas jasa dan bakti yang dicurahkan.
"The wiser mind mourns less for what age takes away than what it leaves behind" - William Wordsworth.