"Saya sudah pakai macam2, tapi sama sahaja pori saya...tak ada perbezaan pun" - ini adalah kenyataan yang kerap kami dengar dari pelanggan-pelanggan kami.
Mudah sahaja. Tidak kiralah berapa banyak produk yang anda guna, mahal atau murah, namun jika bahan-bahan di dalamnya tidak 'kena' dengan target anda, maka tiada gunanya.
Pendek kata, anda tidak boleh gunakan produk ini (sebagai contoh) : SERUM XYZ BRIGHTENING BOOSTER dengan berharap ia dapat mengecilkan pori, sedangkan ia tidak mengandungi bahan yang berkualiti utk tujuan itu.
______
Ps: perlu diingat, produk yang bertujuan untuk mengecilkan pori/deep cleanse/mengurangkan minyak di muka berpotensi (tidak semua) utk memberikan kesan kering kepada muka dalam masa panjang. Oleh itu, adalah PERLU bagi anda untuk sentiasa menggunakan pelembap dan menukar produk mengikut kondisi kulit semasa
PORI.
Masalah yang cukup kerap kami dengar daripada pelanggan - pelanggan kami.
Pori besar, banyak blackhead, muka jadi sangat berminyak.
Walaupun kerap didengar dan dibincangkan, namun ada beberapa perkara yang kita salah faham mengenai pori ini.
Bagi kami, sekiranya anda benar-benar tahu apakah itu pori, kenapa masalah itu terjadi...maka lebih mudah bagi anda faham dan ikuti cara menanganinya, bukan?
Seterusnya, pemilihan produk juga akan lebih tepat serta berbaloi.
Berikut merupakan sedikit info yang ingin kami kongsikan dengan anda semua. Semoga bermanfaat!
Love, Pastels 💚
3 langkah paling tepat, dalam penerangan yang paling ringkas. Namun soalan ini lah yang kerap kami terima. Ingat, konsistensi dan disiplin itu perlu!
Jika Double Cleansing boleh diamalkan setiap hari, Clay Mask dan BHA tidak perlu / tidak semestinya perlu. Guna mengikut keperluan/penerimaan kulit anda, okay?