SOUL SISTERS MOROCCO Prickly Pear Seed Oil Review by Suri Abdul Rahman

SOUL SISTERS MOROCCO Prickly Pear Seed Oil Review by Suri Abdul Rahman

Tahukah anda prickly pear merupakan sejenis spesies cactus yang biasanya tumbuh di kawasan gurun Selatan Amerika.

IMG20201223164255.jpg

Prickly pear mempunyai buah yang tumbuh dia bahagian penjuru setiap daun. Buah yang matang akan berwarna merah dan buah tersebut boleh di makan.

Di dalam buah tersebutlah terdapat biji benih yang boleh di proses menjadi beauty oil. Prickly pear seed oil adalah salah satu facial oil yang paling mahal dalam dunia kerana proses pengekstrakan yang sedikit rumit dan banyak biji benih diperlukan untuk menghasilkan minyak. 

Prickly pear seed oil ialah non comedogenic dan mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit. Antara kelebihan seed oil ini ialah:
•Kaya dengan vitamin K dan Vitamin E.
•Anti radang dan anti bacteria.
•Kandungan unsaturated fatty acid yang tinggi. 

Soul Sisters ada mengeluarkan 100% prickly pear seed oil dan Suri dah cuba dalam tempoh masa 2 minggu. Ini adalah pengalaman pertama Suri mencuba prickly seed oil dan Suri berpendapat bahawa face oil sangat best.

PACKAGING

Didatangkan dalam botol kaca yang berat dan mempunyai dropper. 

SCENT

Face oil ini mempunyai bau yang agak tidak menyenangkan. Memandangkan produk ini mengandungi 100% prickly pear seeds, oleh itu produk ini mempunyai bau yang 'natural'.

TEXTURE

Tekstur minyak ini tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Apabila di sapu ke muka, ia seperti terus meresap ke dalam kulit. Tiada rasa berminyak dan ringan pada kulit.


MY EXPERIENCE

Suri biasa akan guna 2 - 3 titis ke atas tapak tangan dan gosok dahulu di antara dua tapak tangan sebelum di sapu ke atas kulit. Dengan cara ini, produk lebih cepat meresap.

Suri suka sangat dengan face oil ini sebab kulit Suri rasa sangat lembut dan lembab seperti kulit bayi. Selepas face oil ini meresap, kulit Suri rasa seperti baldu, serius! Suri percaya yang kebaikan dalam face oil ini mampu memberi efek yang positif dalam jangka masa yang panjang jika digunakan secara berterusan.
Prickly pear ialah face oil kegemaran Suri buat masa sekarang.

Polish_20201229_163733207.jpg