Kami tahu, The Pastels Shop menyajikan banyak pilihan produk yang sangat baik untuk kulit anda. Keliru? Ikuti langkah-langkah di bawah bagi memudahkan anda membuat pilihan mengenai produk yang sesuai.
1. Tentukan terlebih dahulu jenis produk yang diperlukan.
Adakah pencuci muka? Toner / Serum atau sebaliknya? Ini adalah satu proses yang sangat penting, di mana anda perlu jelas apa yang diperlukan oleh kulit dan pada rutin keberapa produk ini akan dimasukkan.
2. 'Filter' pilihan yang ada.
Anda boleh tetapkan bajet, jenama terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.
3. 'Browse'
Mulakan melayari laman produk yang diingini. Klik Produk yang menarik minat anda.
4. Semak 'Ingredients'
Sekarang, kita sudah sampai ke bahagian yang paling penting sekali, iaitu bahan. Kami tahu, tidak semua orang hafal serta arif mengenai bahan kimia serta nama saintifik yang digunakan dalam setiap produk. Oleh itu, kami sudah menyediakan 'Ingredients Table' di mana anda dapat melihat 'Function' bagi setiap bahan yang digunakan.
Tiny Bumps / Blind Pimples terjadi akibat pori yang tersumbat, lebihan minyak di dalam kulit dan beberapa lagi faktor lain. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini iaitu
A) Double Cleansing
Penggunaan oil-based cleanser (Cleansing Oil / Cleansing Balm) sebelum Cleansing Foam sangat membantu dalam menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit tanpa mengeringkan.
B) Beta Hydroxy Acid (BHA) sebagai contoh; Salicylic Acid sangat membantu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati serta lebihan minyak dari terus menyumbat pori.
C) Penggunaan Clay Masks bagi menyerap lebihan minyak pada kulit
D) Penggunaan bahan-bahan ini:
- Charcoal (menyerap minyak)
- Gel Cream / Water-based Moisturiser (untuk menyeimbangi penghasilan minyak)
5. Semoga dengan info ini, memudahkan anda untuk membuat pilihan. Harus diingat, pendapat dari dermatologist/pakar kulit/doktor bertauliah adalah yang terbaik dan perlu didahulukan dalam membuat sebarang penilaian.
6. Anda punya cadangan/penambahbaikan terhadap info kami? Hantarkan terus ke bahagian khidmat pelanggan di WEB CHAT kami dengan cara klik pada sebelah kanan bawah pada laman ini. Kami amat menghargai setiap maklumbalas anda.
Kembali ke senarai FAQ