â ď¸ đŚđđđĄ đđ˘đĄđđđŚđ§đđ˘đĄ: đđđ¨đ§đđ˘đĄ! â ď¸
"Congested skin" atau dikenali sebagai kulit berminyak/kulit tersumbat merupakan satu perkara yang anda perlu ambil berat secara serius. Hal ini kerana kesannya boleh membawa kepada masalah lain yang lebih buruk đ° Kadang kala kita tidak sedar, masalah yang kita alami sebenarnya berpunca daripada isu ini. Di sini Anna sertakan contoh masalah yang dihadapi oleh "congested skin" supaya anda boleh memberi perhatian untuk memperbaik kulit dengan lebih baik!
Tapi jangan risau! Petang nanti Anna akan kongsikan macam mana cara nak atasi masalah ini, jadi stay tuned! đą
Jika taknak terlepas info Anna, boleh turn on notifications di profile kami đ
đ đŹ đŚđđđĄ đđđĄ'đ§ đđĽđđđ§đđ đ
Macam mana boleh berlakunya "congested skin"? Dalam info feed kali ini, Anna kongsikan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada "congested skin". Untuk baca lebih lanjut mengenai setiap faktor tersebut, boleh swipe ke sebelah je! Anna juga ada sertakan cadangan supaya anda dapat idea macam mana nak selesaikan masalah ini.
đđŹđ, đđŹđ, đđ˘đĄđđđŚđ§đđ đŚđđđĄ! đđť
Tadi kita sudah bincangkan punca dan kesan "congested skin" kan? Jadi kali ini Anna nak kongsikan cadangan produk pula! đź
Oleh kerana isu ini diakibatkan oleh lebihan minyak dan juga pori tersumbat, anda perlu menggunakan produk yang mempunyai "exfoliant" seperti AHA atau BHA untuk membersihkan kekotoran di dalam dan luar kulit. đ§đđŁđ! Elakkan penggunaan berlebihan ya! Kemudian, ikuti dengan produk-produk yang boleh memberi hidrasi dan kelembapan pada kulit. Produk yang bertekstur ringan dan mudah meresap sangat sesuai kerana ia tidak memberi perasaan likat dan berat pada kulit đ¤